inilah si comot

inilah si comot

Wednesday 8 June 2011

terpanggil untuk menghulurkan sumbangan

salam,
lama sudah tidak mengupdate ini ruang..anyway di penghujung MEI,secara xsengaja kita dikejutkan oleh kejadian tanah runtuh yang mengorbankan adik2 serta anak2 rumah kebajikan Al-Taqwa.
Berita ini diterima ketika saya berada di Pulau Perhentian, pada awalnya sekadar mendengar kes tanah runtuh,setelah pulang ke darat begitu hangat sebenarnya isu umah ini sehinggakan pada 1 malam daku terkejut kerana ada konsert amal yang dianjurkan oleh tv3 bagi menghulurkan sumbangan & bantuan, selain itu juga ada beberapa coretan yang mengejutkan daku iaitu PAK NIL (AZNIL) yang memang terkenal dgn sikap tanggungjawapnya pun sama2 turut menghulur serta sanggup turun pandang.tetapi pada fikiranku siapalah aku untuk menghulurkan sedikit sumbangan..

atas berkat serta semangat daku & keikhlasan daku unt membantu serta menghulurkan bantuan, 1 tabung kecil telah ku wujudkan bagi mengutip bantuan serta derma kilat dari rakan2 sekelilingku..dengan menggunakan teknologi ku fikirkan sgt hebat & cepat menghebahkan cerita & berita..ternyata semua ini spt biasa, bila dalam kesusahan kawan pun entah kemana, malah semua lari & sepi membisu,cukuplah rm1 seorg & ikhlas sumbangannya...

begitu juga aku membuat 1 perjumpaan kecil kepada rakan2 rapatku dgn tujuan mengumpul serta berbual seketika, namun hakikatnya semua dgn pelbagai alasan...dengan berkat usaha serta kegigihan aku berjaya mengumpul sejumlah wang.kebetulan pada weekend tu aku ada program di area sana.habis program pada hari ahad kami segerombolan pergi menziarah serta menghulurkan sumbangan kepada mereka di Lembah Azwen Resort,resort yang menempatkan adik2 ni untuk sementara.

ucapan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan terus & susah payah bank in ke dalam akaun..al-hamdulillah semuanya telah berjaya ku serah.mudah2an semua ini menjadi serba sedikit sumbangan yg boleh meringankan beban anak2 & adik2 disini...

4 comments:

  1. hai kak fiza......semoga suma akak buat diberkati oleh Allah...congratz sis

    ReplyDelete
  2. hai kak fiza, lama dah tak update blog akak. update lah! =)

    ReplyDelete
  3. You are tagged ! http://blalalableh.blogspot.com/2012/12/fivers-hijabis-giveaway-by-mv.html

    ReplyDelete