inilah si comot

inilah si comot

Wednesday 8 June 2011

terpanggil untuk menghulurkan sumbangan

salam,
lama sudah tidak mengupdate ini ruang..anyway di penghujung MEI,secara xsengaja kita dikejutkan oleh kejadian tanah runtuh yang mengorbankan adik2 serta anak2 rumah kebajikan Al-Taqwa.
Berita ini diterima ketika saya berada di Pulau Perhentian, pada awalnya sekadar mendengar kes tanah runtuh,setelah pulang ke darat begitu hangat sebenarnya isu umah ini sehinggakan pada 1 malam daku terkejut kerana ada konsert amal yang dianjurkan oleh tv3 bagi menghulurkan sumbangan & bantuan, selain itu juga ada beberapa coretan yang mengejutkan daku iaitu PAK NIL (AZNIL) yang memang terkenal dgn sikap tanggungjawapnya pun sama2 turut menghulur serta sanggup turun pandang.tetapi pada fikiranku siapalah aku untuk menghulurkan sedikit sumbangan..

atas berkat serta semangat daku & keikhlasan daku unt membantu serta menghulurkan bantuan, 1 tabung kecil telah ku wujudkan bagi mengutip bantuan serta derma kilat dari rakan2 sekelilingku..dengan menggunakan teknologi ku fikirkan sgt hebat & cepat menghebahkan cerita & berita..ternyata semua ini spt biasa, bila dalam kesusahan kawan pun entah kemana, malah semua lari & sepi membisu,cukuplah rm1 seorg & ikhlas sumbangannya...

begitu juga aku membuat 1 perjumpaan kecil kepada rakan2 rapatku dgn tujuan mengumpul serta berbual seketika, namun hakikatnya semua dgn pelbagai alasan...dengan berkat usaha serta kegigihan aku berjaya mengumpul sejumlah wang.kebetulan pada weekend tu aku ada program di area sana.habis program pada hari ahad kami segerombolan pergi menziarah serta menghulurkan sumbangan kepada mereka di Lembah Azwen Resort,resort yang menempatkan adik2 ni untuk sementara.

ucapan jutaan terima kasih kepada mereka yang sudi menghulurkan terus & susah payah bank in ke dalam akaun..al-hamdulillah semuanya telah berjaya ku serah.mudah2an semua ini menjadi serba sedikit sumbangan yg boleh meringankan beban anak2 & adik2 disini...

Sunday 8 May 2011

ONLY U MY MUMMY

heyyyyy

tahun ni xberkesempatan aku nak buat sesuatu atau membeli sesuatu sempena hari yang bersejarah ni..MUM sorry blum berkesempatan untuk membeli & memberi hadiah..anyway semperna HARI IBU 2day, nak bercerita sedikit pasal IBUku nan seorang..
Tahun ni genapkan umurnya 57 tahun pada 12 April yang lepas..walaupun dah masuk 50an tapi lagak gaya ibuku seperti awal 40an kerana kerampingan serta penampilannya sentiasa VOUGE walau kemana saja dia akan pergi..oleh sbb demikian la HABITAT serta TABIATnya itu berjangkit serta turun sedikit kepada diriku..
emmm
dikesempatan ini aku ingin meluahkan dengan sejujur-jujur serta setulus hatiku ini bahawa MAK adalah ibu yang paling terbaik serta sempurna didalam hidupku..seperti u all semua mesti ada IDOLA masing2, bagi diriku MAK adalah idolaku selama ini & sehingga akhir hayatku, ini kerana PERJUANGAN, PENGORBANAN,KASIH SAYANG, terlalu banyak ingin ku ungkaikan mengenai dirimu MAK tapi biarlah hanya aku & anak2mu yang lain mengetahui...MAK xpenah kenal erti penat membesarkan serta menjaga kami semua..MAK xpenah mengabaikan kami semua, MAK sangat sempurna dimataku..
MAK,
ampunkan kakcik sekiranya selama membesarkan kakcik sehingga kini kakcik banyak menyusahkan MAK,maafkan jika ada kelakuan atau percakapan yang mengguris perasaan MAK,kakcik xbermaksud unt menyakitkan hati MAK..terlalu berat perjalanan hidup MAK lalui tapi MAK redah demi kami adik beradik..MAK halalkan setiap titis susuMU yang mengalir kedalam tubuhku,halalkan segalanya MAK...
MAK
Kakcik doakan moga MAK akan sentiasa dilindungiNYA,dikurniakan kesihatan &kebahagiaan yang berpanjangan,sentiasa dilimpahi rezeki...MAK dengarlah keluhan hati ini..
"MAK sesungguhnya kau adalah SYURGA bagi kcik,susah sakit pening kakcik MAK selalu berada & sentiasa cuba untuk ada disisi..MAK hanya MAKlah harta DUNIA & AKHIRAT yang tiada nilainya..maafkan anakmu ini kerana selalu tidak MENJADI YANG SEMPURNA serta YANG MEMAHAMI MAK, sesungguhnya KAULAH RATU & SYURGA HATIKU wahai MAK"

Kepada semua ibu2,mak2,mama2,mummy2,umi2,ama2:
" SELAMAT HARI IBU DARIKU,SESUNGGUNHYA KAMU ADALAH YANG TERISTIMEWA & TERHEBAT DIMATA ANAK2MU SEMUA, TERIMA KASIH ATAS SEGALANYA "





" KAULAH SEGALANYA "

Friday 22 April 2011

BroGa indah khabar ....

holaaa..

stelah lama membisu kini kembali ngan BroGA trip...tujuan kami ke sana adalah untuk melihat keadaan sebenar sebelum kami membawa client unt mendaki..
permulaan perjalanan kami & trip kami yang agak gila dicadangkan oleh EN boss jam 2ptg berkumpul di ofis..atas beberapa alasan yg munasabah kami mengAwalkan trip seawal jam 1 tgh..setelah berkumpul 3 biji kereta bergerak ke lokasi..seriusly MInd Set daku broga simple "pakai sliper pun ok"... emmmmm stelah hampir 1 jam perjalanan kami sampai ke pekan broga setelah tersesat terlajak akhirnya kami sampai ke destinasi yang dituju..kami disambut oleh EN SIGn board " 1.7 km Broga Hill"..haaaa'ha..
persiapan mendaki telah disiapkan kami seramai 13 org memulakan pendakian..disebabkan kegilaan kami mendaki bermula jam 215 ptg..emmmm memang panas la...tanpa Segan silu daku membawa bekal PAYUNG, semasa pendakian...hahahaha...SUMPAh aku memang xsuka TREKKING..disebabkan urusan kerja, terpaksa la buat2 gagah walau hakikatnya memang aku GAGAh..hahahha
setelah onak duri hutan belukar gaung, batu tanah merah kelapa sawit ku jelajah ku terjah kuharungii akhirnya sampai juga kami...
checkpoint pertama yg beristeri adalah di satu pokok yang ada buaian, ku beri nama POKOK KASUT.. haa ini disebabkan segala kasut2 yg rosak disemadikan disana..berbekalkan payung nan sebatang akhirnya daku gagah juga ke puncak....
terima kasih BROGA, harap2 kita xberjumpa lagi.hahahahah
apa2 pun pesanan dari aku DUTA ALAM sekitar SDN bHd....
"kepeda pendaki2, pencinta alam sekitar, first timer mendaki xkira la yang sama waktu dengannya, sila dengaR sini... TOLONGLAH JAGA ALAM SEKITAR ANDA,SILA JANGAN BUANG SEGALA HARTA PUSAKA ANDA YANG ANDA BAWA SEMASA MENDAKI SEBEGITU SAHAJA & JANGANLAH MENCONTENG KEWUJUDAN ANDA DISANA KERANA ANDA BERJAYA MENCEMARKAN KEINDAHAN MILIK-NYA.."siapa lagi yang mampu mengubah kalau bukan anda sendiri..paling penting kita bawa balik apa yg kita bawa...semoga terpeliharalah hutan kita....
SO KEPADA SESIAPA YG BLUM MENDAKI BROGA SILA LA...& RENUNGKANLAH PIC YG XSEBERAPA DARI SANA..
(MENUJU PUNCAK)

pOSSiNg tImE AFTER berTUNGkus lumUS

( gEgIRlS = PRAKTIKAL sTudEnt)

(en siGNAge YANG meNYAmBut kAMi)

(vIEw DArI pUNcak)


( gENg giLA)

(PArkInG lOt)

Tuesday 12 April 2011

perjalanan ku seharian..

2day my mum punya ulang tahun..nak dijadikan cerita punya xde idea mau belikan hadiah i pun mencipta coklat sebagai penganti kek..coklat trend zaman sekarang ni..emmm 2 hari sblm tarikh hari ni daku telah mengSERVEY carra2 untuk menghasilkan coklat...atas nasihat serta tunjuk ajar dari adikku (dek cha), aku pun mencuba..punya xcited balik dari beli barang terus membuatnya..segalanya lancar untuk permulaan.tetapi malangnya umahku tiada PETI AIS,so pelbagai cara daku menyejukkan coklat..antaranya meletakkannya diatas LANTAI (logikkan? sbb lantai sejuk)hahahahahaha.
setelah berbincang dengan rakan seperjuanganku merangkap PA daku,dia mempunyai idea yang sgt bernas unt menyejukkan coklat,menggunakan AIS BATU..hahaha percaya atau tidak memang coklatku PERFECT...terima kasih AWAK kerana memberikan idea yang bernas..sedar xsedar sampai jam 3 pagi KAMI menghasilkan coklat..
disebabkan keasyikkan & kelekaan kami bermain coklat, pada pagi ni bersamaan 12 APRIL 2011 jam 0830 pagi daku telah menghantar 1 pesanan ringkas melalui SMS kepada EN.BOSS memberitahu bahawa daku tidak dapat masuk keja kerana mata xboleh buka..hahahahah kesimpulannya aku meminta IN ADVANCE cuti... tepat jam 1215 daku membukakan mata...
jadualku 2day, secara xsengaja mengajak kakak senior sekolahku (kak ANNE & anaknya SOFIA),dahulu keluar LUnch bersama2.kami hanya keluar ber3 kerana AWAK terpaksa pegi keja coz dah pukul 2..setelah selesai daku ke shah alam mengambil teman untk kerumahku bertujuan membawa pulang VAN company yang yang berada dirumahku selama lebih kurang 2minggu..terima kasih EN BOSS..
sementara mau pulang pelbagai lokasi daku singgah antaranya kedai BAGUS untuk membeli bekas2 untuk mengisi coklat yang lebih, kemudian daku ke PKNS unt membeli bunga dikedai kegemaranku..oleh kerana ada org didalam kereta daku mengambil keputusan parking di tepi jalan di area BSN...setelah selesai daku membeli bunga dgn bangganya daku pulang ke kereta & kedengaran SUARA menyapaku..
" kakak kereta kena gesel ngan BAS kak"
ya ALLAH sekali ku tengok emmm hancur luluh...emmm abis keretaku..Bo#@* punya driver bas..yang bestnya driver tu xberhenti pun..emmm wahai BGN 109 nanti SI COMOT bawa awak pegi MENCANTIKKAN dirimu semula ye...
setelah selesai ke serdang daku pulang ke shah alam dan balik ke umah...emmm 2nite masak SUP AYAM, AYAM KICAP & UDANG GORENG TEPUNG...
ANYWAY MUM,HAPPY BIRTHDAY DARI ANAKMU..SEMOGA MUMMY DIKURNIAKAN KESIHATAN YANG BERPANJANGAN, DIBERIKAN KEBAHAGIAN SELALU..MAAFKAN SEGALA KESALAHAN ANAKMU INI...LOVE U MUM.. K LA GUD NITE ..SEMOGA semuanya akan berjalan lancar hendaknya...





Monday 11 April 2011

Not In Gud MoOd ;(

entah kenapalah dgn aku 2day...mood kurang memuaskan serta menyakinkan...emm rasa bosan pun ada juga ngadap laptop sambil membuat kerja & mengOnlinekan diri..sampaikan lunch daku pun terabai dgn hanya memakan SNICKERS je..emmmm kalau mcm ni selalu mestilah daku SLim lepas ni...
2day ada perkara yang perlu ku lakukan malam ni..emmm xsabar Xcited semua ada..daku ingin membuat sesuatu unt MUMMYku semperna BIrthdaynya esok...semoga berjalan dengan lancar apa yg akan kulakukan 2nite..wish me luck.. taaadaaaa ;p

Sunday 10 April 2011

Dimulakan dengan Bismillah

emmmm, alhamdulillah...
setelah lama berfikir,termenung,mentela'ah,mengkaji akhirnya keputusan telah dibuat dengan jayanya..hahaha lama telah ku pikirkan unt mencipta ruang serta tempat unt daku mencurahkan..akhirnya inilah hasilnya..
sekadar mengisi masa lapang serta berkongsi apa yang dirasa....yeaaaa...